Selasa, 10 November 2009

NUr KAsih ... Ending

Sinopsis ini ada sedikit perbezaan daripada lakonan ...
mungkin cara penulisan dan lakonan tu yang membezakan..
ermm tk sabar nk tgok kesudahannya..walaupun dah baca habis full sinopsis ni.
Sama-sama la kita tunggu.....

Episod 26 - Tamat

Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur
menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan
mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga
Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliyadan Nur menggeleng perlahan. Nur
membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi
penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil
dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau
Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur
terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar,
Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur..
dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan