Sabtu, 31 Oktober 2009

Adam & Ayah & Ibu







jamuan raya

Alkisahnyer..jamuan raya kat pejabat hari tu...
layan je gambar..




faizal sibuk dok potong kek..yana tk harap ker


semua pasal lemang je...


sibuk potong lemang bos aku nie...


banyak nyer lemang..

Rabu, 28 Oktober 2009

makan-makan

walaupun raya dah habis kitaorng wat makan-makan mcm raya..
masing-masing bawak makanan..
jom layan gambar..


Lia sibuk panaskan rendang


sessi bergambar sebelum makan..





malu-malu lia baca doa makan

Selasa, 27 Oktober 2009

taNam PoKok BUah ~ tanah k.bah

Tanah aku, Fali N Pie dekat2..maklumlah ank yang bawah2 nie dapat la tanah yang atas bukit sikit. utk 4 orng kakak2ku tanah kat tepi jalan raya, tk der la jauh ..dekat2 je semua....ada yang suka atas bukit ..ada yang suka tepi jalan. Aku terima je mana2 tk kisah pun...
Sekitar operasi kat tanah k.Bah..
Layan...........


anis sibuk jadi canerawoman k.bah


Pie takkan memantau je kut?


aku pun tolong gak...


semangat k.bah menanam


lusuhnye baju ayah...paki baju koyak rabak..aduss..


Ayah memantau menantu baru tanam pokok..huhu


dah lama tak pegang cangkul ker?? kena dera kat ayah..huhu


pikir masa depan

Isnin, 26 Oktober 2009

taNam PoKok BUah ~ tanah aku & Fali

Masa raya ke3 hari tu kat kampung aku, kelantan. Ayah kata pergila beli anak pokok buah.. senang nak makan bila musim buah nanti. aku tahu ayah cadangkan bergitu kerana tak tahu bila anak-anak dia nk bina rumah kat kampung, lagi satu kalu bina pun.. entah duduk entah tidak. Especlily aku n k.bah. bukan apa.. aku 2 orng nie ler yang kawin dengan orang bukan 1 negeri. Bukan tanam banyak pun..sikit2 je.

Sampai kat lot tanah tu .. aku terkejut rupanya ayah dah tanam serai n boleh dijual pun. macam dah nak tua pun ada pokok serai tu. terima kasih ayah..kerana bagi tanah n tolong usahakan. Operasi tanam anak pokok nie tanah aku, kBah n fali je. Yang lain belum lagi..masing2 ada agenda sendiri especially kakak2 n pie. Kita layan gambar2...zuzzzz



sampai terpejam2 fali...


sibuk menanam ...???


termenung masa depan pokok gak ker??


bila nk makan hasil tanam pokok nie..


Aiman datang check..


dah siap tanam kat tanah aku n fali ...

Khamis, 22 Oktober 2009

gelagat adam & sepupunya


solat

Petikan dari Email yang aku dapat


Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Subuh. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil kiamullail.

Begitula h secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya
atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagikumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya …?

Wallahuwallammmm

Rabu, 21 Oktober 2009

Ayah Gee Meninggal

Salam .. Belum habis aku mengupdate kisah raya .. kami sekeluarga dikejutkan dengan berita sedih. hari khamis 15/10/09, Ayah Gee (tunang fali) meninggal.. kami tertanya2 sakit apa ayah dia nie .. coz masa nk tetap hari majlis ..elok je..sihat. Mc Gee & fali bergegas balik ke kampung. Yang terkilannye .. tk sempat nk kenduri lagi.. Gee mesti frust...tp nk buat cam ner, dah ketentuan ilahi....
hasil siasatan ...
Rupanya ayah dia tak sakit apa-pun..sakit tua tu biasa la. cuma dia rebah sekejap..pastu meninggal.. senang nye dia meninggal. orang baik2.. ALFATIHAH ..Semoga ditempatkan di tempat orang2 beriman..

Selasa, 20 Oktober 2009

Doa Seorang Kekasih..

Tuhanku,
Seandainya telah kau catat,
Dia milikku, tercipta buatku,
Dekatkanlah dia padaku,
Satukan hatinya dengan hatiku,
Titipkan kemesraan antara kami,
Agar kebahagiaan ini abadi.

Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup,
Ke tepian yang sejahtera.

Tetapi Tuhanku,
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luput dari ingatanku,
Dan peliharalah diriku dari kecewa.

Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berilah diriku kekuatan,
Melontar bayangannya ke dada langit,
Hilang bersama senja merah,
Dan gelap pekat malam,
Agar aku rasa bahagia,
Walaupun tanpa dirinya.

Dan Tuhanku Yang Tercinta,
Gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Meskipun tiadakan sama dengan dirinya,
Seandainya dia datang menemuiku&
Cinta itu adalah cinta yang sejati dan suci,
Seandainya dia pergi dan tiada menemuiku&
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal Doa Seorang Kekasih..

Isnin, 19 Oktober 2009

Bagaimana menghilangkan Marah

Sedikit tazkirah buat hari nie....
Semoga marahku tidak berpanjangan...


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi
yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan"
kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Wassalam

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Wassalam..

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam

Ahad, 18 Oktober 2009

Kunjungan ke umah Mertua Fadli

hari raya ke-2 kitaorng mengikut ayah ke umah bakal menantu ayah - Mcgee kat Guchil. Kami samapi jam 1..disambut dan dihidangkan dengan macam-macam makanan .. bihun goreng, roti jala, mi kari, kek, tembikai dan macam kuih .. yang lain-lain tk ingat dah..kenyang sungguh makan. Lepas makan baru bincang tujuan asal huhu..
akhirnya ditetapkan majlis fadli akan dilangsungkan pada 15feb umah pengantin pmpuan, 16 umah laki. oklah tu cuti raya cina..so aku balik kg la raya cina nanti. raya haji tk balik kelantan, raya sini je..
jom layan foto2 yang sempat di snap..

ayah sibuk berbincang

gee tersenyum akhirnya..

fali menjeling gee

Aidilfitri 2009

Dah lama aku tak update blog nie... Malas pulak rasanya..
Walau apapun hari nie hari terakhir syawal.. aku kena update gak blog nie kira cerita yang nak disampaikan tk der la basi benor..
buat semua...aku nak ucapkan selamat hari raya..walaupun dah terlambat
aku nk mohon ampun dan maaf di atas salah dan silap di sepanajang perkenalan, persahabatan dan persaudaraan yang terjalin. Kepada semua family dan kawan-kawan yang datang beraya ..terima kasih sudi beraya di umah aku nie.. kawan-kawan yang buat open house ..terima kasih kerana menjemput..yang mana-mana tk sempat nk pergi ...minta maaf banyak2.Yang mana-mana eden pergi beraya tp adam buat hal ke pinjam mainan ker.. buat sepah ke..tumpahkan air ke..eden nk mint maaf jugak. maklumlah budak tengah besar.. opss..sebelum terlupa.. TERIMA KASIH byk2 jugak kepada yang memberi duit raya buat adam.. insyaallah ibu&ayah adam simpan... tp kalu terdesak leh la pinjam duit adam.. tp ganti balik la....hehehe.

bawah nie sekitar gambar raya kat kelantan..
jom layann.....