Selasa, 10 November 2009

NUr KAsih ... Ending

Sinopsis ini ada sedikit perbezaan daripada lakonan ...
mungkin cara penulisan dan lakonan tu yang membezakan..
ermm tk sabar nk tgok kesudahannya..walaupun dah baca habis full sinopsis ni.
Sama-sama la kita tunggu.....

Episod 26 - Tamat

Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur
menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan
mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga
Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliyadan Nur menggeleng perlahan. Nur
membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi
penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil
dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau
Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur
terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar,
Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur..
dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.

Nur Kasih

Episod 25

Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur
jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap
menjadi isteri Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada
Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu.
Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata.
Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email di Mumbai. Adam kini bermisai
dan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama
kali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia.
Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup
bersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.

Nur Kasih

Episod 24

6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur,
Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal,
kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya
bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali
apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin
Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya
juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan
Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat
keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi,
sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak
sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.

Nur Kasih

episod 23

Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya
mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan
kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu
memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang
tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina
ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke
Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang
terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang
pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian
dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk
keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada
dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan
sebagai hilang.

Khamis, 5 November 2009

Nur Kasih

Aku suka tgok drama Nur Kasih..

Episod 21

Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa
dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan
mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur
memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersamasama,
Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut
doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan
keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina
meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya
tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..


Episod 22


Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil
dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya.
Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk
penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang
adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka,
Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada
mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan
sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela
berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat
mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga.
Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia
bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum
sendiri.

Peringatan Utk Wanita

Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! ! Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutama di Australia ... Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta. Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda. Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua

1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan???
4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.
6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. Okay?? Mudah bukan.... kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!

Ahad, 1 November 2009

memori

Hari nie aku dok umah ngan adam jer.. bosan, sunyi, malas semua ada.
aku kemas rumah..adamsepahkan..kemas balik..sepah lagi...adus pening kepala. Masa dok bagi susu adam ..kepala aku merewang2..tetiba teringat memori sila..waduh..
aku teringat masa dok apartment aman puri. roomate2 aku..
Riey...
2 tiga hari lepas aku mesej ko riey tanya khabar.. terkejut aku .. ank riey meninggal.. tadi sambil dok tgok ulangan Sehati berdansa aku call tk puas hati citer tergantung.. rupanya ank dia meninggal dalam perut masa usia kandungan 7 bulan, boy.
Sabar ye riey.. belum ada rezeki.. Tapi aku kesian sangat kat dia dah byk kali gugur sebelum nie. Nak buat cam ner... ketentuan illahi.
Zila..
citer dia aku tahu dalam alam maya nie la. rajin buat kek skrang..nanti dah bukak kedai bagitau yer...hehe . kawin...?? soalan sensitif .. biarlah dia jumpa n bagi kad kat aku. huhu .. kalu kwan2 lama call ke antara soalan yang di tanya ..zila apa citer ek? bila nk kawin.. erm..
Rose...
Citer dia pun aku tahu alam maya nie gak - friendster.. dah bersalin anak ke2.
Shidah..
Erm.. setahu aku belum kawin.. tp tk thu la. dulu rajin gak dia foward email. masalahnyer email aku malas nk bukak yang mcm2.. email keja je aku bukak. huhu
Awin...
Ini yang bermain di kepala aku.. apa citer dia..
Thila .. betul ke tak nama dia. lagi tk tahu apa citer..hhuuhu.

aku bukan apa teringat.. masa dok umah tu.. macam2 ....