Sabtu, 19 Mac 2011

Haramkan segera penjualan botol BPA

PULAU PINANG 15 Mac - Kerajaan diminta menguatkuasakan serta-merta pengharaman penjualan botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, Kementerian Kesihatan tidak seharusnya memberi tempoh setahun lagi untuk melaksanakan pengharaman tersebut kerana penggunaannya boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem hormon termasuk fungsi tubuh bayi dan kanak-kanak.

Tegas beliau, penangguhan tersebut hanya menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.

"Bayi khususnya amat berisiko kerana jumlah toksin yang dihadam adalah besar berbanding berat badannya. Begitu juga organ-organ bayi yang sedang membesar akan lebih teruk terjejas berbanding orang dewasa sekiranya masih menggunakan bahan kimia industri ini.

''Oleh itu, kami menggesa pihak kementerian supaya menguatkuasakan serta-merta tindakan pengharaman pengimportan dan penjualan botol susu tersebut," katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penggunaan penjualan botol susu BPA mulai 1 Mac 2012.

Tindakan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini masih tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu tersebut selamat digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

Mengulas lanjut, menurut S.M. Mohamed, China merupakan negara pertama di Asia yang secara rasmi mengharamkan botol susu bayi yang mengandungi BPA pada 4 Mac lalu.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan China telah merangka satu peraturan yang disiarkan di dalam laman web rasmi mereka untuk mendapatkan pandangan umum tetapi tidak menjelaskan bila peraturan itu akan dikuatkuasakan.

Selain itu katanya, dua negara anggota Kesatuan Eropah (EU), Perancis dan Denmark telah mengenakan tindakan tersebut ke atas pengeluaran botol susu terbabit dan telah melanjutkan larangan terhadap semua produk makanan untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.

Justeru, kata S.M. Mohamed, CAP menyeru pihak berkuasa supaya mengharamkan pemasarannya termasuk melabelkan BPA sebagai bahan berbahaya.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, kerajaan digesa supaya menyegerakan pengharaman penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana bimbang penggunaannya yang membahayakan kesihatan akibat sikap tidak peka pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, sepatutnya usaha mengeluarkan produk tersebut dari pasaran perlu disegerakan tanpa perlu melakukan penangguhan.

"Tidak sepatutnya alasan untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih bahan mentah yang sesuai digunakan bagi melanjutkan tempoh penguatkuasaan menghalang penjualan produk itu setahun lagi.

"Seharusnya, pelbagai inisiatif lain perlu dirancang bagi mengatasi masalah tersebut sebelum pengumuman pengharaman penjualan botol susu jenis polikarbonat dilakukan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Yusoff menambah, kerajaan seharusnya bertanggungjawab menghalang kebanjiran produk yang membahayakan pengguna dengan segera.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, sejak tiga tahun lalu pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengharamkan produk tersebut memasuki pasaran, namun ia menemui jalan buntu.

Kata beliau, pengharaman botol susu jenis itu tidak dapat dipastikan sama ada ia akan menghalang lambakan produk tersebut di pasaran.

"Sehubungan itu, rundingan antara kerajaan, syarikat pengeluar botol susu jenis polikarbonat dan persatuan pengguna perlu diadakan bagi menangani kemasukan produk itu pasaran secara haram.

"Lebih membimbangkan, produk alternatif bagi menggantikan jenis BPA akan dipalsukan bagi tujuan menipu pengguna," katanya.

Justeru itu, kata Jacob, rundingan tersebut diharapkan dapat menangani pelbagai isu lain yang bakal timbul berikutan pengharaman botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi BPA di pasaran dalam tempoh setahun ini.

Rahsia Alfatihah

1. Untuk membuat seseorang (suami/isteri, anak-anak) agar senantiasa

mengingati kita.

* Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.

2. Untuk penyakit yang agak tenat.

* Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandi

dengan menggunakan air tersebut.

3. Untuk penyakit mental.

* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut

pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.

4. Bila di dalam kesakitan yang amat sangat,

* Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.

Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yang

sakit itu.

5. Untuk bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam.

* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala bayi itu.

6. Untuk kecederaan seperti luka, disengat lebah, berdarah, jari tersepit pintu.

* Baca Surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan ambil air liur dari

“langit-langit” dan sapu pada bahagian yang cedera itu.

INSYA’ ALLAH perkara-perkara yang disebutkan di atas berkesan dengan

beberapa syarat:

* Percaya dan yakin bahawa Surah Al-Fatihah adalah “penawar” yang terbaik

untuk segala-segalanya.

* Baca Surah Al-Fatihah dengan khusyuk.

* Tawakal kepada Allah.

* Guna Surah ini hanya untuk niat yang baik.

Fatihah Seribu Faedah

Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:

i) Meminta pangkat melainkan ia dapat

ii)Ia miskin melainkan jadi kaya

iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.

iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.

v) Ia lemah melainkan dikuatkan.

vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.

Fatihah Mengembalikan Pangkat

Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:

Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.

Fatihah Mendapat Zuriat

Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:

41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.

Fatihah Sakit Mata

Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:

i) Sembuh penyakit matanya

ii) Pulih pandangannya.

iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:

41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.


Fatihah Di atas Kapas

Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin

Allah.

Wirid Fatihah

Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:

i) Dimurahkan rezekinya

ii) Diperbaiki hal ehwalnya

iii) Dibersihkan hatinya

iv) Diangkat darjatnya

v) Dimudahkan pekerjaannya

vi) Dilepaskan ia dari dukacita

vii) Dijauhkan dari mudharat

viii) Diberi ia kerajinan dan semangat

ix) Tidak kecewa

tak) Jauh dari hasutan syaitan

xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan

Dinding Dimasa Tidur

Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:

Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali

Qul A’uzubirabbil falaq - 1 kali

Qul A’uzubirabbin Nas - 1 kali

Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.

sebaik-baik penawar ialah ayat al-Quran.

Al Fatihah juga boleh dibaca semerta untuk hal-hal seperti meredakan kemarahan seseorang. Niatkan dalam hati untuk sedeqahkan surah itu kepada orang tersebut dan berdoa dengan Allah agar menghilangkan kemarahannya. bacalah Al Fatihah dengan ikhlas, insyaallah orang tersebut tidak marah lagi.

Begitu juga jika mahu suami atau anak ingat dan rindukan kita, sedeqahkanlah surah al-fatihah itu dengan ikhlas atas namanya dan pohon dengan Allah agar dimasukkan rindu dalam ingatan mereka kepada kita.

mudah-mudahan hubungan anak dan ibu serta suami dan isteri semakin kukuh, walaupun begitu, ayatul quran bukanlah digunakan untuk tujuan yang bertentangan dengan syarak .

Mok Su Meninggal


hari tu aku baru jer masukkan entry tentang mok su sakit...
erm...belum sempat aku berkongsi cerita tentang penyakitnya...mok su dah kembali ke rahmatullah pada 10 Mac 2011 jam 1.55pm...m.su mengidap penyakit kanser payudara.. Alfatihah..semoga arwah mok su ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan semoga arwah tenang di sana..
Bila aku tgok situasi family pok su tika dan saat ini....aku teringat saat aku dan seluruh kaum keluargaku melalui pengalaman yang sama di saat kepulangan arwah ibundaku ke rahmatullah pada 5.4.2005..mengidap penyakit buah pinggang...Alfatihah..semoga mek tenang di sana....sesungguhnya kami semua amat merindui beliau...
Ketiadaan beliau memberi impak yang besar pada keluargaku...terutamya bila kami semua balik ke kampung....suasana tidak seperti dulu... tk usah la ku ceritakan kenapa..yang pasti aku rindukan saat2 arwah mek masih ada..

Ahad, 6 Mac 2011

Mok Su Sakit

aku tgh menyapu sawang2 yang berada di blog aku nie...byk tul... sebanyak peristiwa yang berlaku sepanjang aku menyepi nie...
cerita yang paling hangat buat masa nie.
- m.su sakit..aku harap beliau cepat sembuh...aku harap p.su dan anak2 tabah melalui saat ini.
aku paham perasaan p.su dan anak-anak.. berat mata memandang..berat lagi bahu memikul...
sama-samalah kita doakan agar m.su cepat sembuh...

Tupperware

Dah lama aku tk update blog peribadi nie..maklumlah sekarang aku sibuk dok buat blog n fb Tupperware..tgh semangat nie... saper2 nk tgok katalog tupperware yang terkini layarilah jomshoppingbiz2u.blogspot.com dan jgn lupa LIKE kt fb Tuppermus Ismail ... dah tgok2 tu..jgn lupa order lah... heheh... untuk kome2 semua aku bagi 10% diskaun dengan setiap pembelian rm100.. nk ty lebih lanjut just PM me ok...sokonglah...kwan2 kita ..yang baru nk berjinak2 nak buat bisness nie...